SMK Slim River

About My School

Home | About My School | School Administrators | Admissions | Academics | Programs | Photo album | Activities | Calendar of Events | Directions | Community programs | Links to other sites | Contact Us

Sepintas Lalu

 
 
LAGU SEKOLAH
 
Mari kita bersama
Menuju cita-cita
Untuk membangun negara
Tekun kita berjaya
Berusha dan berilmu
Berbakti pada nusa
Hidup kitakan bahagia
Negara maju jaya
Janganlah kita berputus asa
Usha terus usha
Penuhi ilmu di dada kita
Tumpah bakti setia
Guru dan ibu bapa
Sentiasa dihormati
Menjunjung rukunegara
hidup aman sentosa.

Serba sedikit untuk dikongsi bersama

SEJARAH SMK SLIM

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari1984 dan telah memulakan sesi pengajiannya pada tarikh tersebut. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Slim,  Slim River. Pembinaannya menelan belanja sebanyak RM   1,538,000.00.  Bangunan sekolah ini terletak di atas 
 tanah seluas 22 ekar di Barat Daya pekan Slim River
.

  Maksud lencana
 
Lambang 3B mewakili perkataan “ BERUSAHA , BERILMU, BERBAKTI ‘
Bulatan kecil pada 3 B melambangkan tiga kaum terbesar penduduk Malaysia.
Di tengah-tengah ialah buku, lambang pengetahuan.
Manakala bentuk komputer bererti sains dan teknologi.
Api yang menyala ialah sebagai semangat dan kegigihan
Pengertian warna dalam lencana adalah:
Kuning : Bangsa yang beraja dan berdaulat
Hijau : Rakyat yang beragama
Oren : Kesungguhan dan kerajinan

logosmkslim.jpg

Lambang SMK Slim River

eyeview1.jpg

 
Pada hari pertama sekolah ini dibuka, sebanyak 8 buah kelas telah diwujudkan, iaitu 2 kelas Tingkatan Satu dan 6 buah kelas Tingkatan Peralihan.  Pada 13 Mac 1984 , dua buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan dan pelajar-pelajarnya datang dari Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Slim River atau sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato Zulkifli Muhammad, Slim Rver.